riri & kerry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Minggu, 02 Februari 2014

Pengalaman pertama mengandung...

Assalammualaikum...alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..wahh..last aku update si blog ni rase nye 2 3 bulan lepas kowt..tak silap lah kan..malas nak tengok tarikh yang last post..
Now back to the topic...wah speaking london kauuu..last post aku rase aku tengah mengandung 6 bulan dan sekarang aku mengandung 35 minggu..hah kira sendiri lah berapa bulan yer..orang kata time2 macam ni bila2 boleh bersalin...cume cepat atau lambat je..so now tunggu minggu je laa nak bersalin ni..meyh nak story pengalaman mengandung dari usia kandungan sebulan sampai lah sekarang..kepada mommy to be yang baru mengandung tu boleh lah baca entry ni..kowt laa kalau lebih kurang je story kita ni..boleh share pengalaman kan..
(5weeks) bulan 6 tahun 2013
Aku menikah 24 hb 5 2013..then seminggu menikah aku period so memang agak hampa lah mr.k a.k.a suami mithali..haha..lepas dari period of cos kite subur sesubur embun pagi..lepas tu cukup sebulan tak datang period mula2 dah syak yang aku mesti mengandung..tapi tak nak terlalu mengharap sangat takut di sebalik nya pulak..suami pun tak nak mengharap sangat sebab takut hampa katanyeee..then aku buat keputusan nak buat ujian upt tanpa pengetahuan mr.k..mase tu mr.k pergi kerja then aku pula keluar pergi 7E semata2 nak beli upt tu..aku beli upt paling mahal dalam 7E tu dengan harapan hasilnya 100%..aku cepat2 balik rumah terus pergi toilet & buat ujian tu..disebabkan gelojoh sangat result tu naik 1 line je..kecewa weyhhh..10 minit macam tu aku tak puas hati aku tengok balik ujian upt tu tetibe pulak ade lagi 1 line kat sebelah tapi samar2 lah line tu..wahh dah melonjak2 hati ni..kalau ujian tu tak accurate memang aku saman syarikat yang buat upt tu..haha..sampai tahap macam tu kan..malam tu suami pun balik kerja dengan bangga aku tunjuk ujian upt tu..makk oii mr.k terus senyum lebar then dia cakap lah yang dia hebat..terus dia peluk & cium dahi aku..rasa nak nangis pulak masa tu..3 hari lepas tu kami ke klinik berhampiran buat ujian air kencing then doc sahkan aku mengandung 5 minggu..oke2 jom pegi ke next month..
(8weeks) 
Masa ni pulak tengah puasa tak silap aku laa..wah macam dah lame sangat tinggalkan tahun 2013 tu..hehe..bulan kedua ni aku tak ada langsung morning sickness atau alahan yang teruk..yang alahan teruk & demam tu hanya mr.k yang kena..lama jugak dia demam sampai dah raya pun demam tu masih ada..tapi kejap2 demam kejap2 elok lah..dalam bulan kedua jugak lah aku dah mula tak boleh masak nanti confirm mencicit lari kat sinki & 'bluekkkk'...tu antara alahan normal laa kan..
(12weeks)
Bila masuk bulan ketiga ni aku dah mula tak makan nasi..tengok je nasi terus nak muntah lepas tu tak selera langsung nak makan..aku makan ape yang aku rasa nak makan lah..tapi aku dah start minum susu lah so sepanjang rasa loya tengok nasi tu aku hanya mampu minum susu je..tapi aku tak banyak kerenah sangat lah cume tak boleh nak makan nasi je lah..aku tak de nak mengidam benda pelik2..tapi kan sebelum tidur mesti nak kena cium ketiak suami sampai terlelap..wangi weyhh..haha..
(16weeks)
Masuk je bulan keempat mengandung aku dah masuk belajar balik untuk sem kelima..yang paling tak syokk berjauhan dengan mr.k selama 4 5 bulan jugak lah..pergi kelas sambil bawa perut supaya baby dalam perut ni ikut belajar sekali..alhamdulillah walaupun berjauhan dengan suami aku masih boleh berdikari sendiri..tak ada masalah langsung sepanjang sem tu dgn kandungan ni..
(20weeks)
Masuk bulan yang seterusnya aku dah start busy dengan assignment & presentation..stress tu memang ada tapi tak seteruk yang disangka lah..baby dalam perut dah mula bergerak sikit2..tapi baby ni jugak sangat memahami bila waktu ibu die study die tak banyak gerak sangat..cuma mase aku nak tidur die balas dendam gerak dengan aktif..haha..
(24weeks - 28 weeks)
Yang masuk bulan keenam hingga bulan ketujuh ni agak mencabar sikit sebab aku kena sembelit + buasir..boleh bayangkan tak sakit buasir tu macam mane..sakit weyhh..aku check in dalam jamban je dah 2 3 jam..nasib baik rumah bujang aku ni tandas duduk..terseksa tu ada sikit nak dibandingkan tandas cangkung lagi terseksa..aku membuang 'poo' sampai ada 1 masa tu keluar darah..agak kerisauan di situ..3 hari lepastu pergi checkup kat klinik kerajaan shah alam then aku story semuanya kat nurse tu..nurse pulak pergi story kat doctor..lepastu doktor terus bukak bilik untuk check aku punya punggung..memang sah aku kena buasir weyhh..doc pon suruh aku buka seluar then baring kat atas katil tapi aku kena baring mengadap dinding sebab doc tak nak aku tengok apa doc buat..doc cuma cakap sakit ni macam sakit nak berak je..korang nak tau apa doc tu buat ?? Die tolak buasir tu guna besi bulat..besar besi tu dalam 2 cm lah..memang rase macam nak berak batu..fuhh sakit tapi lepastu aku dah lega..aku dah boleh balik macam biasa tapi cuma tak selesa lah nak berjalan..nak2 pulak aku drive sorang2 time sakit macam tu..ni dikatakan pengorbanan..haha..tapi dah masuk 7 bulan lebih aku dah rasa happy sikit sebab aku dah start final exam then cuti sem boleh balik perak jumpa suami sampai nak bersalin..heaven giloss..
(32 weeks)
Hooray dah masuk bulan ke lapan..seronok laa sebab dapat duduk sebumbung dengan suami..lepastu mr.k ajak balik kampung kat kelantan untuk buat solat hajat & urut kaki2 aku untuk lembutkan urat2 mase nak bersalin nanti..semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar..then aku balik perak semula untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..hari2 aku masak untuk suami sebab dah lama sangat tak bagi suami makan makanan dari air tangan aku ni..bulan kelapan ni aku dah kerap kencing je & kerap sakit pinggang nasib dah ada suami disisi so dia lah yang urut pinggang aku setiap malam kalau aku dah start merengek macam budak kecik..tapi yang bagusnya mr.k ni tak merungut pon kalau aku kata aku sakit pinggang tengah2 malam..dia layan kan je kerenah aku..ada 1 masa tu aku teringin sangat nak makan coklat boost cadbury tu then mr.k ni carikan lah kat 7E tapi takde rezeki sebab coklat tu habis pastu tak pasal2 mr.k marah cashier 7E tu sebab coklat tu je..hamboi suami aku ni betul2 semangat nak carikan coklat tu untuk isteri dia..tak ape lah coklat lain pon tak kisah asalkan cadburry..aku memang suka benda2 manis di hujung kehamilan ni..ada orang kata kalau suka manis2 ni dapat baby boy..wallahu a lam! 
(34weeks)
Mase ni dah masuk tahun baru 2014..so hujung bulan 1 mr.k hantar aku balik melaka sebab dia kata takut tak sempat nak hantar nanti dah terberanak kat perak..aku punya plan nak bersalin kat hospital melaka..biar anak aku jadi anak jati melaka macam ibu dia..tak sampai 2 bulan pun duduk sebumbung dengan mr.k..tapi tak ape demi keselesaan aku jugak..bila duduk melaka ni memang ramai yang jaga aku so mr.k tak perlu risau sangat..oh ye sepanjang aku mengandung hb aku sangat rendah..aku dah tak tahu nak makan ape untuk tambah darah..aku kena inject sampai 2 3 kali taw..terseksa laa jugak sebab tenaga banyak hilang..
(35weeks)
Menunggu je masa nak deliver baby..harapan aku nak baby keluar hujung bulan 2 & lebih kuang mase tu kandungan aku dah 38 minggu..aku nak sangat bersalin awal dari due date..kalau boleh tak nak ter'over due..38 minggu lebih da boleh deliver laa sebab nak suami ade di sisi mase bersalin..kalau over due lambat pulak nak jumpa mr.k..rindu suami sangat2..doa2 laa aku deliver baby 38 minggu lebih sikit & semoga dipermudahkan segala urusan ku..next entry aku akan story pengalaman bersalin..keep calm & start counting..insyaAllah..

P/s:- lepas solat maghrib je aku akan baca al-quran surah maryam..sehari sehelai sampai lah nak bersalin..kalau aku dah rasa sakit sikit aku amalkan baca doa nabi yunus yang terperangkap dalam perut ikan nun..
" la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin "