riri & kerry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Minggu, 02 Februari 2014

Pengalaman pertama mengandung...

Assalammualaikum...alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..wahh..last aku update si blog ni rase nye 2 3 bulan lepas kowt..tak silap lah kan..malas nak tengok tarikh yang last post..
Now back to the topic...wah speaking london kauuu..last post aku rase aku tengah mengandung 6 bulan dan sekarang aku mengandung 35 minggu..hah kira sendiri lah berapa bulan yer..orang kata time2 macam ni bila2 boleh bersalin...cume cepat atau lambat je..so now tunggu minggu je laa nak bersalin ni..meyh nak story pengalaman mengandung dari usia kandungan sebulan sampai lah sekarang..kepada mommy to be yang baru mengandung tu boleh lah baca entry ni..kowt laa kalau lebih kurang je story kita ni..boleh share pengalaman kan..
(5weeks) bulan 6 tahun 2013
Aku menikah 24 hb 5 2013..then seminggu menikah aku period so memang agak hampa lah mr.k a.k.a suami mithali..haha..lepas dari period of cos kite subur sesubur embun pagi..lepas tu cukup sebulan tak datang period mula2 dah syak yang aku mesti mengandung..tapi tak nak terlalu mengharap sangat takut di sebalik nya pulak..suami pun tak nak mengharap sangat sebab takut hampa katanyeee..then aku buat keputusan nak buat ujian upt tanpa pengetahuan mr.k..mase tu mr.k pergi kerja then aku pula keluar pergi 7E semata2 nak beli upt tu..aku beli upt paling mahal dalam 7E tu dengan harapan hasilnya 100%..aku cepat2 balik rumah terus pergi toilet & buat ujian tu..disebabkan gelojoh sangat result tu naik 1 line je..kecewa weyhhh..10 minit macam tu aku tak puas hati aku tengok balik ujian upt tu tetibe pulak ade lagi 1 line kat sebelah tapi samar2 lah line tu..wahh dah melonjak2 hati ni..kalau ujian tu tak accurate memang aku saman syarikat yang buat upt tu..haha..sampai tahap macam tu kan..malam tu suami pun balik kerja dengan bangga aku tunjuk ujian upt tu..makk oii mr.k terus senyum lebar then dia cakap lah yang dia hebat..terus dia peluk & cium dahi aku..rasa nak nangis pulak masa tu..3 hari lepas tu kami ke klinik berhampiran buat ujian air kencing then doc sahkan aku mengandung 5 minggu..oke2 jom pegi ke next month..
(8weeks) 
Masa ni pulak tengah puasa tak silap aku laa..wah macam dah lame sangat tinggalkan tahun 2013 tu..hehe..bulan kedua ni aku tak ada langsung morning sickness atau alahan yang teruk..yang alahan teruk & demam tu hanya mr.k yang kena..lama jugak dia demam sampai dah raya pun demam tu masih ada..tapi kejap2 demam kejap2 elok lah..dalam bulan kedua jugak lah aku dah mula tak boleh masak nanti confirm mencicit lari kat sinki & 'bluekkkk'...tu antara alahan normal laa kan..
(12weeks)
Bila masuk bulan ketiga ni aku dah mula tak makan nasi..tengok je nasi terus nak muntah lepas tu tak selera langsung nak makan..aku makan ape yang aku rasa nak makan lah..tapi aku dah start minum susu lah so sepanjang rasa loya tengok nasi tu aku hanya mampu minum susu je..tapi aku tak banyak kerenah sangat lah cume tak boleh nak makan nasi je lah..aku tak de nak mengidam benda pelik2..tapi kan sebelum tidur mesti nak kena cium ketiak suami sampai terlelap..wangi weyhh..haha..
(16weeks)
Masuk je bulan keempat mengandung aku dah masuk belajar balik untuk sem kelima..yang paling tak syokk berjauhan dengan mr.k selama 4 5 bulan jugak lah..pergi kelas sambil bawa perut supaya baby dalam perut ni ikut belajar sekali..alhamdulillah walaupun berjauhan dengan suami aku masih boleh berdikari sendiri..tak ada masalah langsung sepanjang sem tu dgn kandungan ni..
(20weeks)
Masuk bulan yang seterusnya aku dah start busy dengan assignment & presentation..stress tu memang ada tapi tak seteruk yang disangka lah..baby dalam perut dah mula bergerak sikit2..tapi baby ni jugak sangat memahami bila waktu ibu die study die tak banyak gerak sangat..cuma mase aku nak tidur die balas dendam gerak dengan aktif..haha..
(24weeks - 28 weeks)
Yang masuk bulan keenam hingga bulan ketujuh ni agak mencabar sikit sebab aku kena sembelit + buasir..boleh bayangkan tak sakit buasir tu macam mane..sakit weyhh..aku check in dalam jamban je dah 2 3 jam..nasib baik rumah bujang aku ni tandas duduk..terseksa tu ada sikit nak dibandingkan tandas cangkung lagi terseksa..aku membuang 'poo' sampai ada 1 masa tu keluar darah..agak kerisauan di situ..3 hari lepastu pergi checkup kat klinik kerajaan shah alam then aku story semuanya kat nurse tu..nurse pulak pergi story kat doctor..lepastu doktor terus bukak bilik untuk check aku punya punggung..memang sah aku kena buasir weyhh..doc pon suruh aku buka seluar then baring kat atas katil tapi aku kena baring mengadap dinding sebab doc tak nak aku tengok apa doc buat..doc cuma cakap sakit ni macam sakit nak berak je..korang nak tau apa doc tu buat ?? Die tolak buasir tu guna besi bulat..besar besi tu dalam 2 cm lah..memang rase macam nak berak batu..fuhh sakit tapi lepastu aku dah lega..aku dah boleh balik macam biasa tapi cuma tak selesa lah nak berjalan..nak2 pulak aku drive sorang2 time sakit macam tu..ni dikatakan pengorbanan..haha..tapi dah masuk 7 bulan lebih aku dah rasa happy sikit sebab aku dah start final exam then cuti sem boleh balik perak jumpa suami sampai nak bersalin..heaven giloss..
(32 weeks)
Hooray dah masuk bulan ke lapan..seronok laa sebab dapat duduk sebumbung dengan suami..lepastu mr.k ajak balik kampung kat kelantan untuk buat solat hajat & urut kaki2 aku untuk lembutkan urat2 mase nak bersalin nanti..semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar..then aku balik perak semula untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..hari2 aku masak untuk suami sebab dah lama sangat tak bagi suami makan makanan dari air tangan aku ni..bulan kelapan ni aku dah kerap kencing je & kerap sakit pinggang nasib dah ada suami disisi so dia lah yang urut pinggang aku setiap malam kalau aku dah start merengek macam budak kecik..tapi yang bagusnya mr.k ni tak merungut pon kalau aku kata aku sakit pinggang tengah2 malam..dia layan kan je kerenah aku..ada 1 masa tu aku teringin sangat nak makan coklat boost cadbury tu then mr.k ni carikan lah kat 7E tapi takde rezeki sebab coklat tu habis pastu tak pasal2 mr.k marah cashier 7E tu sebab coklat tu je..hamboi suami aku ni betul2 semangat nak carikan coklat tu untuk isteri dia..tak ape lah coklat lain pon tak kisah asalkan cadburry..aku memang suka benda2 manis di hujung kehamilan ni..ada orang kata kalau suka manis2 ni dapat baby boy..wallahu a lam! 
(34weeks)
Mase ni dah masuk tahun baru 2014..so hujung bulan 1 mr.k hantar aku balik melaka sebab dia kata takut tak sempat nak hantar nanti dah terberanak kat perak..aku punya plan nak bersalin kat hospital melaka..biar anak aku jadi anak jati melaka macam ibu dia..tak sampai 2 bulan pun duduk sebumbung dengan mr.k..tapi tak ape demi keselesaan aku jugak..bila duduk melaka ni memang ramai yang jaga aku so mr.k tak perlu risau sangat..oh ye sepanjang aku mengandung hb aku sangat rendah..aku dah tak tahu nak makan ape untuk tambah darah..aku kena inject sampai 2 3 kali taw..terseksa laa jugak sebab tenaga banyak hilang..
(35weeks)
Menunggu je masa nak deliver baby..harapan aku nak baby keluar hujung bulan 2 & lebih kuang mase tu kandungan aku dah 38 minggu..aku nak sangat bersalin awal dari due date..kalau boleh tak nak ter'over due..38 minggu lebih da boleh deliver laa sebab nak suami ade di sisi mase bersalin..kalau over due lambat pulak nak jumpa mr.k..rindu suami sangat2..doa2 laa aku deliver baby 38 minggu lebih sikit & semoga dipermudahkan segala urusan ku..next entry aku akan story pengalaman bersalin..keep calm & start counting..insyaAllah..

P/s:- lepas solat maghrib je aku akan baca al-quran surah maryam..sehari sehelai sampai lah nak bersalin..kalau aku dah rasa sakit sikit aku amalkan baca doa nabi yunus yang terperangkap dalam perut ikan nun..
" la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin " 

Minggu, 24 November 2013

Mommy to be.....

Assalammualaikum..
Wah dah lame tak update blog sejak lepas kahwin ni..bukan tak nak update tapi kalau sekali dah update memang macam2 cerita ada..alhamdulillah dah genap 6 bulan bergelar isteri kepada muhammed zakery b. Razali.. Seronok jadi isteri di usia yang muda tapi yang tak seronoknya dah kahwin pon kena berjauhan dengan suami sebab almaklumlah aku ni belajar lagi..

Okay jom masok topik kita balik yer..yesss i'm mommy to be..now dah mngandung hampir 6 bulan jugak..ramai tertanya2 'why aku mengandung awal sangat ?' Yelaa ikut kiraan kite lain dan kiraan doktor lain..so jangan pikir bukan2..ni anak halal dari hasil perkahwinan sah aku & mr.K yer..ni namanye rezeki awal..memang tak sangka akan mengandung secepat ni..sebab aku dengan suami tak merancang pon then bagi kiteorg ada rezeki ada lah..kalau tak ada boleh cube lagi..iyee dok ! Haha.. 

Mula2 mengandung tu memang excited sangat2...suami aku tu lagi lah excited sebab katanya die 'power' tapi aku rasa aku lagi power sebab subur..haha..oke choyyy ! Tapi sepanjang aku dengan suami excited aku lupa yang aku masih belajar lagi..boleh ke aku carry perot aku yang semakin membulat ni..guess what ?? Yesss of coz aku boleh carry perut ni sepanjang aku pergi kelas..alhamdulillah aku tak alami mabuk hamil sepanjang mngandung nak masuk 6 bulan ni..hebat kan ?? *berlagak pulokk..

Persiapan baby pulak belum beli apa2 pon sebab aku dan suami memang belum ada masa nak shopping bersama..kami ni nak berjumpa pun susah sejak aku masok belajar balik ni..suami kata kita kena berjimat sebab lepas ni ada baby so lagi banyak nak pakai duit..so tu yang susah nak berjumpa..tak apa lah aku kena lah faham situasi kehidupan kami yang sederhana ni..kata orang rezeki anak tu sentiasa ada dan yang penting kena banyak2 bersaba..suami sentiasa bagi semangat supaya aku tak lemah nak hadapi rumah tangga ni lagi2 nak ada anak nanti..lagi teruk agaknya dugaan kami nanti..so dari sekarang suami dah sentiase jadi tulang belakang aku..

So kepada kawan2 yang kahwin pada usia yang muda dan mengalami ekonomi rumah tangga tu adalah normal kerana Allah s.w.t sentiasa menguji kita sebab nak tengok sejauh mana kita bersaba bersama suami..insyaAllah rezeki tu pasti akan ada walaupun kita rasa hidup kita susah..kepada yang berkahwin dan hidup dengan bahagia dan kaya tu jangan lupa diri kerana Allah s.w.t boleh tarik nikmat kekayaan tu bila2 saja..sama2 lah kita beringat..

Okay lah so now keep calm and waiting for the baby..3 months to go..

Selasa, 18 Juni 2013

Hidup berpoligami ??? Owh no or Owh yes ?

Salam..hye uollss..tajuk kita hari ini ialah hidup berpoligami..hah straight to the ampang point je lah yer..aku terima untuk berpoligami sebab lelaki memang ada hak untuk beristeri ramai tapi 4 orang je lah..kalau da lebih2 tu msti ajaran sesat..hehe..aku pernah jugak tanya en.suami soalan berbunyi macam ni ye.. "Aku : bie,nak kawen lg tak ?" En.suami : eyh,kalo diberi peluang apa salahnya.." Aku : oke syg tak kisah pun kalau bie nak kahwin lagi asalkan jangan curang ye belakang syg ye.. "En.suami : serius yunk ???" Hah lebih kurang macam tu lah conversation nye tu kan..aku siap nak carikan lagi jodoh untuk suamiku a.k.a madu aku..buat apa nak gaduh suami yang sorang tu..payung emas tunggu di syurga..tak nak ke payung emas ?? Asalkan kita kena ikhlas bila membenarkan suami tu kahwin lagi..kebanyakkan perempuan ramai anti poligami..ada aku kisah ? Haha..hah, yang en.suami tu pula kalau dah diizinkan kahwin lagi janganlah pulak abaikan tanggungjawab awak yang besar lagi menggunung ni..sebagai isteri kita mesti nak tengok suami bahagia dan jujur..so benarkan aje suami kahwin lagi sekurang2nya dia tak main kayu tiga belakang kita nanti dan isteri yang pertama dapat kawan baru..jangan pulak bermusuhan dan main santau2 ke hantar hantu ke nasi kangkang ke..lupakan je benda yang haram lagi khufarat tu..hehe..oke laa uollss..bila wanita berbicara ! Have a nice day ! Assalammualaikum..

Senin, 10 Juni 2013

Officially married with kerry !

Alhamdulillah,finally aku telah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama muhd zakery b. razali..setelah 5 tahun bercinta dan akhirnya disatukan pada 24.5.2013 dengan sekali lafaz..untuk suamiku "aku akan menjaga mu dikala sakit..aku akan menemani mu dikala susah dan senang" terima kasih sebab menerima diriku yang tak berapa nak cun ni..hikhik..

Minggu, 21 April 2013

Birthday girls & majlis akikah

Assalammualaikum.. Rasanya dah lama tak kecoh kat blog ni..sunyi sepi je rasa kan ? Baru2 ni aku pergi birthday party dan majlis akikah anak buah kepada kawan serumah aku..comelnyeee baby tuuu !!!

Minggu, 27 Januari 2013

In hijab ! finally ! Alhamdulillah !

Assalammualaikum...
hye my blogs a.k.a my diary..pleaseee.. listen ! listen ! listen ! cheh wahhh tak payah nak listen2 sangat laa kan..aku nak sentuh sikit pasal kecoh sangat kat youtube tu tentang rakaman video tentang listen tu..aku rasa  tak patut kalau kita menghalang apa pendapat setiap orang tu..mereka ada hak untuk bersuara kan ? kenapa perlu sama kan manusia dengan binatang yang ada masalah tu ?? apa beza manusia dan binatang ?? jawapan yang senang dan semua pon tahu...binatang tak ada akal tapi manusia telah dikurniakan akal fikiran yang cukup2 normal dan waras..aku bukan nak buzy body dengan masalah orang tu ataupun binatang2 yang terlibat tu cuma aku tak berapa nak faham tentang dimana sikap respect tu ? walaupun kamu tu lebih dewasa dari seseorang tak semestinya kamu nak dia hormat kamu malah kamu juga perlu hormat..kita patut saling menghormati ! ooo oke cukup sampai disini sahaja pendapat aku sebagai seorang pelajar IPT... maaaf emosi pulak laa kan..haha

aku rasa kita memang dah lari tajuk ni..aku bukan apa aku nak bagi sedikit pendapat..kalau ada yang tak suka tak apa laa setiap manusia tu ada pendapat masing2..hari ni aku merajinkan jari2 aku untuk menaip..bila dah datang mood ni teroskan aje menaip tentang apa yang aku suka dan fakta...aku menaip di blog ni sambil ditemani lagu2 opick yang sangat2 tenang...alhamdulillah..

pada tanggal 30/12/2012 secara rasminya itu tarikh lahir aku dan dengan izin Allah s.w.t aku telah memakai tudung yang lengkap..full tutup aurat..insyaAllah...aku pakai bukan kerana ingin mendirikan rumah tangga atau dipaksa oleh sesiapa pun..aku pakai dengan rela hati..walaupun dulu zaman2 sekolah aku pernah pakai lepas tu aku cabut tudung aku sebab aku rasa diri aku sangat2 jahil....itu zaman jahilliah aku laa..jangan ada yang ikot sebab pasti akan menyesal..!


sebagai seorang yang ingin berubah dan ingin memotivasikan diri ni lagi aku telah disokong 100% dari family, encik tunang, dan kawan2 semua...walaupun berubah ke arah yang menutup aurat ni aku juga mendekatkan diri dengan Allah s.w.t  dengan solat 5 waktu sehari..kalau boleh tak nak laa ada ponteng2 solat macam dulu...sekarang aku perlu mencari siapa diri aku dan dari mana aku datang..aku bersyukur akhirnya aku dapat berubah dengan sempurna dari segi fizikal..dari segi hati aku masih dalam keadaan belajar mencari identiti diri sebagai seorang muslimah..kalau boleh aku nak semua orang sokong aku dari belakang..insyaAllah !


aku hanya insan biasa yang tak pernah lari dari segala masalah dan dugaan yang besar...setiap manusia telah melakukan banyak kesalahan dan tak semestinya tak ada peluang untuk berubah kan ? peluang untuk berubah ke arah kebaikkan sentiasa terbuka untuk semua manusia...jom jenguk2 gambar2 aku "in hijab"...



hijab tidak menghalang aku untuk terus kelihatan cantik setiap masa malah bila berhijab setiap perempuan akan terasa dirinya begitu berharga...hamboi dah macam iklan tv pulak aku rasa..hehe..




bila aku bersama dengan insan yang bergelar tunang ni banyak mengajar aku erti kehidupan yang susah dan senang..walaupun dia tak sehebat seperti lelaki yang lain tapi dia menjanjikan untuk menjadi imam ku selepas aku bergelar seorang isteri untuk dia suatu hari nanti..insyaAllah...


perjalanan aku ke arah kejayaan tersangatlah jauh...aku memerlukan orang yang sentiasa memberi dorongan tanpa mematahkan semangat aku...sekali aku dah patah semangat terus aku akan jatuh dan tak bangun untuk berusaha lagi..aku boleh bergerak sendiri tapi untuk kejayaan aku nak semua orang rasa kejayaan aku..bukan berlagak tapi aku ingin kongsi kejayaan aku bersama orang yang sentiasa memberi semangat dekat aku tanpa jemu...insyaAllah..

p/s : bukan ingin POYO tapi ini ikhlas dari hati...aku tak sempurna dan secantik seperti wanita lain tapi sekurang2nya aku cuba untuk bersihkan hati ni...semoga Allah swt sentiasa panjangkan umurku dan keluargaku juga kawan2 ku..amin..insyaAllah..