riri & kerry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Minggu, 27 Januari 2013

In hijab ! finally ! Alhamdulillah !

Assalammualaikum...
hye my blogs a.k.a my diary..pleaseee.. listen ! listen ! listen ! cheh wahhh tak payah nak listen2 sangat laa kan..aku nak sentuh sikit pasal kecoh sangat kat youtube tu tentang rakaman video tentang listen tu..aku rasa  tak patut kalau kita menghalang apa pendapat setiap orang tu..mereka ada hak untuk bersuara kan ? kenapa perlu sama kan manusia dengan binatang yang ada masalah tu ?? apa beza manusia dan binatang ?? jawapan yang senang dan semua pon tahu...binatang tak ada akal tapi manusia telah dikurniakan akal fikiran yang cukup2 normal dan waras..aku bukan nak buzy body dengan masalah orang tu ataupun binatang2 yang terlibat tu cuma aku tak berapa nak faham tentang dimana sikap respect tu ? walaupun kamu tu lebih dewasa dari seseorang tak semestinya kamu nak dia hormat kamu malah kamu juga perlu hormat..kita patut saling menghormati ! ooo oke cukup sampai disini sahaja pendapat aku sebagai seorang pelajar IPT... maaaf emosi pulak laa kan..haha

aku rasa kita memang dah lari tajuk ni..aku bukan apa aku nak bagi sedikit pendapat..kalau ada yang tak suka tak apa laa setiap manusia tu ada pendapat masing2..hari ni aku merajinkan jari2 aku untuk menaip..bila dah datang mood ni teroskan aje menaip tentang apa yang aku suka dan fakta...aku menaip di blog ni sambil ditemani lagu2 opick yang sangat2 tenang...alhamdulillah..

pada tanggal 30/12/2012 secara rasminya itu tarikh lahir aku dan dengan izin Allah s.w.t aku telah memakai tudung yang lengkap..full tutup aurat..insyaAllah...aku pakai bukan kerana ingin mendirikan rumah tangga atau dipaksa oleh sesiapa pun..aku pakai dengan rela hati..walaupun dulu zaman2 sekolah aku pernah pakai lepas tu aku cabut tudung aku sebab aku rasa diri aku sangat2 jahil....itu zaman jahilliah aku laa..jangan ada yang ikot sebab pasti akan menyesal..!


sebagai seorang yang ingin berubah dan ingin memotivasikan diri ni lagi aku telah disokong 100% dari family, encik tunang, dan kawan2 semua...walaupun berubah ke arah yang menutup aurat ni aku juga mendekatkan diri dengan Allah s.w.t  dengan solat 5 waktu sehari..kalau boleh tak nak laa ada ponteng2 solat macam dulu...sekarang aku perlu mencari siapa diri aku dan dari mana aku datang..aku bersyukur akhirnya aku dapat berubah dengan sempurna dari segi fizikal..dari segi hati aku masih dalam keadaan belajar mencari identiti diri sebagai seorang muslimah..kalau boleh aku nak semua orang sokong aku dari belakang..insyaAllah !


aku hanya insan biasa yang tak pernah lari dari segala masalah dan dugaan yang besar...setiap manusia telah melakukan banyak kesalahan dan tak semestinya tak ada peluang untuk berubah kan ? peluang untuk berubah ke arah kebaikkan sentiasa terbuka untuk semua manusia...jom jenguk2 gambar2 aku "in hijab"...



hijab tidak menghalang aku untuk terus kelihatan cantik setiap masa malah bila berhijab setiap perempuan akan terasa dirinya begitu berharga...hamboi dah macam iklan tv pulak aku rasa..hehe..




bila aku bersama dengan insan yang bergelar tunang ni banyak mengajar aku erti kehidupan yang susah dan senang..walaupun dia tak sehebat seperti lelaki yang lain tapi dia menjanjikan untuk menjadi imam ku selepas aku bergelar seorang isteri untuk dia suatu hari nanti..insyaAllah...


perjalanan aku ke arah kejayaan tersangatlah jauh...aku memerlukan orang yang sentiasa memberi dorongan tanpa mematahkan semangat aku...sekali aku dah patah semangat terus aku akan jatuh dan tak bangun untuk berusaha lagi..aku boleh bergerak sendiri tapi untuk kejayaan aku nak semua orang rasa kejayaan aku..bukan berlagak tapi aku ingin kongsi kejayaan aku bersama orang yang sentiasa memberi semangat dekat aku tanpa jemu...insyaAllah..

p/s : bukan ingin POYO tapi ini ikhlas dari hati...aku tak sempurna dan secantik seperti wanita lain tapi sekurang2nya aku cuba untuk bersihkan hati ni...semoga Allah swt sentiasa panjangkan umurku dan keluargaku juga kawan2 ku..amin..insyaAllah..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar