riri & kerry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Minggu, 24 November 2013

Mommy to be.....

Assalammualaikum..
Wah dah lame tak update blog sejak lepas kahwin ni..bukan tak nak update tapi kalau sekali dah update memang macam2 cerita ada..alhamdulillah dah genap 6 bulan bergelar isteri kepada muhammed zakery b. Razali.. Seronok jadi isteri di usia yang muda tapi yang tak seronoknya dah kahwin pon kena berjauhan dengan suami sebab almaklumlah aku ni belajar lagi..

Okay jom masok topik kita balik yer..yesss i'm mommy to be..now dah mngandung hampir 6 bulan jugak..ramai tertanya2 'why aku mengandung awal sangat ?' Yelaa ikut kiraan kite lain dan kiraan doktor lain..so jangan pikir bukan2..ni anak halal dari hasil perkahwinan sah aku & mr.K yer..ni namanye rezeki awal..memang tak sangka akan mengandung secepat ni..sebab aku dengan suami tak merancang pon then bagi kiteorg ada rezeki ada lah..kalau tak ada boleh cube lagi..iyee dok ! Haha.. 

Mula2 mengandung tu memang excited sangat2...suami aku tu lagi lah excited sebab katanya die 'power' tapi aku rasa aku lagi power sebab subur..haha..oke choyyy ! Tapi sepanjang aku dengan suami excited aku lupa yang aku masih belajar lagi..boleh ke aku carry perot aku yang semakin membulat ni..guess what ?? Yesss of coz aku boleh carry perut ni sepanjang aku pergi kelas..alhamdulillah aku tak alami mabuk hamil sepanjang mngandung nak masuk 6 bulan ni..hebat kan ?? *berlagak pulokk..

Persiapan baby pulak belum beli apa2 pon sebab aku dan suami memang belum ada masa nak shopping bersama..kami ni nak berjumpa pun susah sejak aku masok belajar balik ni..suami kata kita kena berjimat sebab lepas ni ada baby so lagi banyak nak pakai duit..so tu yang susah nak berjumpa..tak apa lah aku kena lah faham situasi kehidupan kami yang sederhana ni..kata orang rezeki anak tu sentiasa ada dan yang penting kena banyak2 bersaba..suami sentiasa bagi semangat supaya aku tak lemah nak hadapi rumah tangga ni lagi2 nak ada anak nanti..lagi teruk agaknya dugaan kami nanti..so dari sekarang suami dah sentiase jadi tulang belakang aku..

So kepada kawan2 yang kahwin pada usia yang muda dan mengalami ekonomi rumah tangga tu adalah normal kerana Allah s.w.t sentiasa menguji kita sebab nak tengok sejauh mana kita bersaba bersama suami..insyaAllah rezeki tu pasti akan ada walaupun kita rasa hidup kita susah..kepada yang berkahwin dan hidup dengan bahagia dan kaya tu jangan lupa diri kerana Allah s.w.t boleh tarik nikmat kekayaan tu bila2 saja..sama2 lah kita beringat..

Okay lah so now keep calm and waiting for the baby..3 months to go..

1 komentar:

  1. assalam...sis,,,nk tau tntang biz kaching phytoscience , boleh wassup/sms sy 0102130869.. sy akn trgkan biz yg masyuk ni =)

    BalasHapus