riri & kerry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Minggu, 02 Februari 2014

Pengalaman pertama mengandung...

Assalammualaikum...alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..wahh..last aku update si blog ni rase nye 2 3 bulan lepas kowt..tak silap lah kan..malas nak tengok tarikh yang last post..
Now back to the topic...wah speaking london kauuu..last post aku rase aku tengah mengandung 6 bulan dan sekarang aku mengandung 35 minggu..hah kira sendiri lah berapa bulan yer..orang kata time2 macam ni bila2 boleh bersalin...cume cepat atau lambat je..so now tunggu minggu je laa nak bersalin ni..meyh nak story pengalaman mengandung dari usia kandungan sebulan sampai lah sekarang..kepada mommy to be yang baru mengandung tu boleh lah baca entry ni..kowt laa kalau lebih kurang je story kita ni..boleh share pengalaman kan..
(5weeks) bulan 6 tahun 2013
Aku menikah 24 hb 5 2013..then seminggu menikah aku period so memang agak hampa lah mr.k a.k.a suami mithali..haha..lepas dari period of cos kite subur sesubur embun pagi..lepas tu cukup sebulan tak datang period mula2 dah syak yang aku mesti mengandung..tapi tak nak terlalu mengharap sangat takut di sebalik nya pulak..suami pun tak nak mengharap sangat sebab takut hampa katanyeee..then aku buat keputusan nak buat ujian upt tanpa pengetahuan mr.k..mase tu mr.k pergi kerja then aku pula keluar pergi 7E semata2 nak beli upt tu..aku beli upt paling mahal dalam 7E tu dengan harapan hasilnya 100%..aku cepat2 balik rumah terus pergi toilet & buat ujian tu..disebabkan gelojoh sangat result tu naik 1 line je..kecewa weyhhh..10 minit macam tu aku tak puas hati aku tengok balik ujian upt tu tetibe pulak ade lagi 1 line kat sebelah tapi samar2 lah line tu..wahh dah melonjak2 hati ni..kalau ujian tu tak accurate memang aku saman syarikat yang buat upt tu..haha..sampai tahap macam tu kan..malam tu suami pun balik kerja dengan bangga aku tunjuk ujian upt tu..makk oii mr.k terus senyum lebar then dia cakap lah yang dia hebat..terus dia peluk & cium dahi aku..rasa nak nangis pulak masa tu..3 hari lepas tu kami ke klinik berhampiran buat ujian air kencing then doc sahkan aku mengandung 5 minggu..oke2 jom pegi ke next month..
(8weeks) 
Masa ni pulak tengah puasa tak silap aku laa..wah macam dah lame sangat tinggalkan tahun 2013 tu..hehe..bulan kedua ni aku tak ada langsung morning sickness atau alahan yang teruk..yang alahan teruk & demam tu hanya mr.k yang kena..lama jugak dia demam sampai dah raya pun demam tu masih ada..tapi kejap2 demam kejap2 elok lah..dalam bulan kedua jugak lah aku dah mula tak boleh masak nanti confirm mencicit lari kat sinki & 'bluekkkk'...tu antara alahan normal laa kan..
(12weeks)
Bila masuk bulan ketiga ni aku dah mula tak makan nasi..tengok je nasi terus nak muntah lepas tu tak selera langsung nak makan..aku makan ape yang aku rasa nak makan lah..tapi aku dah start minum susu lah so sepanjang rasa loya tengok nasi tu aku hanya mampu minum susu je..tapi aku tak banyak kerenah sangat lah cume tak boleh nak makan nasi je lah..aku tak de nak mengidam benda pelik2..tapi kan sebelum tidur mesti nak kena cium ketiak suami sampai terlelap..wangi weyhh..haha..
(16weeks)
Masuk je bulan keempat mengandung aku dah masuk belajar balik untuk sem kelima..yang paling tak syokk berjauhan dengan mr.k selama 4 5 bulan jugak lah..pergi kelas sambil bawa perut supaya baby dalam perut ni ikut belajar sekali..alhamdulillah walaupun berjauhan dengan suami aku masih boleh berdikari sendiri..tak ada masalah langsung sepanjang sem tu dgn kandungan ni..
(20weeks)
Masuk bulan yang seterusnya aku dah start busy dengan assignment & presentation..stress tu memang ada tapi tak seteruk yang disangka lah..baby dalam perut dah mula bergerak sikit2..tapi baby ni jugak sangat memahami bila waktu ibu die study die tak banyak gerak sangat..cuma mase aku nak tidur die balas dendam gerak dengan aktif..haha..
(24weeks - 28 weeks)
Yang masuk bulan keenam hingga bulan ketujuh ni agak mencabar sikit sebab aku kena sembelit + buasir..boleh bayangkan tak sakit buasir tu macam mane..sakit weyhh..aku check in dalam jamban je dah 2 3 jam..nasib baik rumah bujang aku ni tandas duduk..terseksa tu ada sikit nak dibandingkan tandas cangkung lagi terseksa..aku membuang 'poo' sampai ada 1 masa tu keluar darah..agak kerisauan di situ..3 hari lepastu pergi checkup kat klinik kerajaan shah alam then aku story semuanya kat nurse tu..nurse pulak pergi story kat doctor..lepastu doktor terus bukak bilik untuk check aku punya punggung..memang sah aku kena buasir weyhh..doc pon suruh aku buka seluar then baring kat atas katil tapi aku kena baring mengadap dinding sebab doc tak nak aku tengok apa doc buat..doc cuma cakap sakit ni macam sakit nak berak je..korang nak tau apa doc tu buat ?? Die tolak buasir tu guna besi bulat..besar besi tu dalam 2 cm lah..memang rase macam nak berak batu..fuhh sakit tapi lepastu aku dah lega..aku dah boleh balik macam biasa tapi cuma tak selesa lah nak berjalan..nak2 pulak aku drive sorang2 time sakit macam tu..ni dikatakan pengorbanan..haha..tapi dah masuk 7 bulan lebih aku dah rasa happy sikit sebab aku dah start final exam then cuti sem boleh balik perak jumpa suami sampai nak bersalin..heaven giloss..
(32 weeks)
Hooray dah masuk bulan ke lapan..seronok laa sebab dapat duduk sebumbung dengan suami..lepastu mr.k ajak balik kampung kat kelantan untuk buat solat hajat & urut kaki2 aku untuk lembutkan urat2 mase nak bersalin nanti..semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar..then aku balik perak semula untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..hari2 aku masak untuk suami sebab dah lama sangat tak bagi suami makan makanan dari air tangan aku ni..bulan kelapan ni aku dah kerap kencing je & kerap sakit pinggang nasib dah ada suami disisi so dia lah yang urut pinggang aku setiap malam kalau aku dah start merengek macam budak kecik..tapi yang bagusnya mr.k ni tak merungut pon kalau aku kata aku sakit pinggang tengah2 malam..dia layan kan je kerenah aku..ada 1 masa tu aku teringin sangat nak makan coklat boost cadbury tu then mr.k ni carikan lah kat 7E tapi takde rezeki sebab coklat tu habis pastu tak pasal2 mr.k marah cashier 7E tu sebab coklat tu je..hamboi suami aku ni betul2 semangat nak carikan coklat tu untuk isteri dia..tak ape lah coklat lain pon tak kisah asalkan cadburry..aku memang suka benda2 manis di hujung kehamilan ni..ada orang kata kalau suka manis2 ni dapat baby boy..wallahu a lam! 
(34weeks)
Mase ni dah masuk tahun baru 2014..so hujung bulan 1 mr.k hantar aku balik melaka sebab dia kata takut tak sempat nak hantar nanti dah terberanak kat perak..aku punya plan nak bersalin kat hospital melaka..biar anak aku jadi anak jati melaka macam ibu dia..tak sampai 2 bulan pun duduk sebumbung dengan mr.k..tapi tak ape demi keselesaan aku jugak..bila duduk melaka ni memang ramai yang jaga aku so mr.k tak perlu risau sangat..oh ye sepanjang aku mengandung hb aku sangat rendah..aku dah tak tahu nak makan ape untuk tambah darah..aku kena inject sampai 2 3 kali taw..terseksa laa jugak sebab tenaga banyak hilang..
(35weeks)
Menunggu je masa nak deliver baby..harapan aku nak baby keluar hujung bulan 2 & lebih kuang mase tu kandungan aku dah 38 minggu..aku nak sangat bersalin awal dari due date..kalau boleh tak nak ter'over due..38 minggu lebih da boleh deliver laa sebab nak suami ade di sisi mase bersalin..kalau over due lambat pulak nak jumpa mr.k..rindu suami sangat2..doa2 laa aku deliver baby 38 minggu lebih sikit & semoga dipermudahkan segala urusan ku..next entry aku akan story pengalaman bersalin..keep calm & start counting..insyaAllah..

P/s:- lepas solat maghrib je aku akan baca al-quran surah maryam..sehari sehelai sampai lah nak bersalin..kalau aku dah rasa sakit sikit aku amalkan baca doa nabi yunus yang terperangkap dalam perut ikan nun..
" la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin " 

Minggu, 24 November 2013

Mommy to be.....

Assalammualaikum..
Wah dah lame tak update blog sejak lepas kahwin ni..bukan tak nak update tapi kalau sekali dah update memang macam2 cerita ada..alhamdulillah dah genap 6 bulan bergelar isteri kepada muhammed zakery b. Razali.. Seronok jadi isteri di usia yang muda tapi yang tak seronoknya dah kahwin pon kena berjauhan dengan suami sebab almaklumlah aku ni belajar lagi..

Okay jom masok topik kita balik yer..yesss i'm mommy to be..now dah mngandung hampir 6 bulan jugak..ramai tertanya2 'why aku mengandung awal sangat ?' Yelaa ikut kiraan kite lain dan kiraan doktor lain..so jangan pikir bukan2..ni anak halal dari hasil perkahwinan sah aku & mr.K yer..ni namanye rezeki awal..memang tak sangka akan mengandung secepat ni..sebab aku dengan suami tak merancang pon then bagi kiteorg ada rezeki ada lah..kalau tak ada boleh cube lagi..iyee dok ! Haha.. 

Mula2 mengandung tu memang excited sangat2...suami aku tu lagi lah excited sebab katanya die 'power' tapi aku rasa aku lagi power sebab subur..haha..oke choyyy ! Tapi sepanjang aku dengan suami excited aku lupa yang aku masih belajar lagi..boleh ke aku carry perot aku yang semakin membulat ni..guess what ?? Yesss of coz aku boleh carry perut ni sepanjang aku pergi kelas..alhamdulillah aku tak alami mabuk hamil sepanjang mngandung nak masuk 6 bulan ni..hebat kan ?? *berlagak pulokk..

Persiapan baby pulak belum beli apa2 pon sebab aku dan suami memang belum ada masa nak shopping bersama..kami ni nak berjumpa pun susah sejak aku masok belajar balik ni..suami kata kita kena berjimat sebab lepas ni ada baby so lagi banyak nak pakai duit..so tu yang susah nak berjumpa..tak apa lah aku kena lah faham situasi kehidupan kami yang sederhana ni..kata orang rezeki anak tu sentiasa ada dan yang penting kena banyak2 bersaba..suami sentiasa bagi semangat supaya aku tak lemah nak hadapi rumah tangga ni lagi2 nak ada anak nanti..lagi teruk agaknya dugaan kami nanti..so dari sekarang suami dah sentiase jadi tulang belakang aku..

So kepada kawan2 yang kahwin pada usia yang muda dan mengalami ekonomi rumah tangga tu adalah normal kerana Allah s.w.t sentiasa menguji kita sebab nak tengok sejauh mana kita bersaba bersama suami..insyaAllah rezeki tu pasti akan ada walaupun kita rasa hidup kita susah..kepada yang berkahwin dan hidup dengan bahagia dan kaya tu jangan lupa diri kerana Allah s.w.t boleh tarik nikmat kekayaan tu bila2 saja..sama2 lah kita beringat..

Okay lah so now keep calm and waiting for the baby..3 months to go..

Selasa, 18 Juni 2013

Hidup berpoligami ??? Owh no or Owh yes ?

Salam..hye uollss..tajuk kita hari ini ialah hidup berpoligami..hah straight to the ampang point je lah yer..aku terima untuk berpoligami sebab lelaki memang ada hak untuk beristeri ramai tapi 4 orang je lah..kalau da lebih2 tu msti ajaran sesat..hehe..aku pernah jugak tanya en.suami soalan berbunyi macam ni ye.. "Aku : bie,nak kawen lg tak ?" En.suami : eyh,kalo diberi peluang apa salahnya.." Aku : oke syg tak kisah pun kalau bie nak kahwin lagi asalkan jangan curang ye belakang syg ye.. "En.suami : serius yunk ???" Hah lebih kurang macam tu lah conversation nye tu kan..aku siap nak carikan lagi jodoh untuk suamiku a.k.a madu aku..buat apa nak gaduh suami yang sorang tu..payung emas tunggu di syurga..tak nak ke payung emas ?? Asalkan kita kena ikhlas bila membenarkan suami tu kahwin lagi..kebanyakkan perempuan ramai anti poligami..ada aku kisah ? Haha..hah, yang en.suami tu pula kalau dah diizinkan kahwin lagi janganlah pulak abaikan tanggungjawab awak yang besar lagi menggunung ni..sebagai isteri kita mesti nak tengok suami bahagia dan jujur..so benarkan aje suami kahwin lagi sekurang2nya dia tak main kayu tiga belakang kita nanti dan isteri yang pertama dapat kawan baru..jangan pulak bermusuhan dan main santau2 ke hantar hantu ke nasi kangkang ke..lupakan je benda yang haram lagi khufarat tu..hehe..oke laa uollss..bila wanita berbicara ! Have a nice day ! Assalammualaikum..

Senin, 10 Juni 2013

Officially married with kerry !

Alhamdulillah,finally aku telah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama muhd zakery b. razali..setelah 5 tahun bercinta dan akhirnya disatukan pada 24.5.2013 dengan sekali lafaz..untuk suamiku "aku akan menjaga mu dikala sakit..aku akan menemani mu dikala susah dan senang" terima kasih sebab menerima diriku yang tak berapa nak cun ni..hikhik..

Minggu, 21 April 2013

Birthday girls & majlis akikah

Assalammualaikum.. Rasanya dah lama tak kecoh kat blog ni..sunyi sepi je rasa kan ? Baru2 ni aku pergi birthday party dan majlis akikah anak buah kepada kawan serumah aku..comelnyeee baby tuuu !!!

Minggu, 27 Januari 2013

In hijab ! finally ! Alhamdulillah !

Assalammualaikum...
hye my blogs a.k.a my diary..pleaseee.. listen ! listen ! listen ! cheh wahhh tak payah nak listen2 sangat laa kan..aku nak sentuh sikit pasal kecoh sangat kat youtube tu tentang rakaman video tentang listen tu..aku rasa  tak patut kalau kita menghalang apa pendapat setiap orang tu..mereka ada hak untuk bersuara kan ? kenapa perlu sama kan manusia dengan binatang yang ada masalah tu ?? apa beza manusia dan binatang ?? jawapan yang senang dan semua pon tahu...binatang tak ada akal tapi manusia telah dikurniakan akal fikiran yang cukup2 normal dan waras..aku bukan nak buzy body dengan masalah orang tu ataupun binatang2 yang terlibat tu cuma aku tak berapa nak faham tentang dimana sikap respect tu ? walaupun kamu tu lebih dewasa dari seseorang tak semestinya kamu nak dia hormat kamu malah kamu juga perlu hormat..kita patut saling menghormati ! ooo oke cukup sampai disini sahaja pendapat aku sebagai seorang pelajar IPT... maaaf emosi pulak laa kan..haha

aku rasa kita memang dah lari tajuk ni..aku bukan apa aku nak bagi sedikit pendapat..kalau ada yang tak suka tak apa laa setiap manusia tu ada pendapat masing2..hari ni aku merajinkan jari2 aku untuk menaip..bila dah datang mood ni teroskan aje menaip tentang apa yang aku suka dan fakta...aku menaip di blog ni sambil ditemani lagu2 opick yang sangat2 tenang...alhamdulillah..

pada tanggal 30/12/2012 secara rasminya itu tarikh lahir aku dan dengan izin Allah s.w.t aku telah memakai tudung yang lengkap..full tutup aurat..insyaAllah...aku pakai bukan kerana ingin mendirikan rumah tangga atau dipaksa oleh sesiapa pun..aku pakai dengan rela hati..walaupun dulu zaman2 sekolah aku pernah pakai lepas tu aku cabut tudung aku sebab aku rasa diri aku sangat2 jahil....itu zaman jahilliah aku laa..jangan ada yang ikot sebab pasti akan menyesal..!


sebagai seorang yang ingin berubah dan ingin memotivasikan diri ni lagi aku telah disokong 100% dari family, encik tunang, dan kawan2 semua...walaupun berubah ke arah yang menutup aurat ni aku juga mendekatkan diri dengan Allah s.w.t  dengan solat 5 waktu sehari..kalau boleh tak nak laa ada ponteng2 solat macam dulu...sekarang aku perlu mencari siapa diri aku dan dari mana aku datang..aku bersyukur akhirnya aku dapat berubah dengan sempurna dari segi fizikal..dari segi hati aku masih dalam keadaan belajar mencari identiti diri sebagai seorang muslimah..kalau boleh aku nak semua orang sokong aku dari belakang..insyaAllah !


aku hanya insan biasa yang tak pernah lari dari segala masalah dan dugaan yang besar...setiap manusia telah melakukan banyak kesalahan dan tak semestinya tak ada peluang untuk berubah kan ? peluang untuk berubah ke arah kebaikkan sentiasa terbuka untuk semua manusia...jom jenguk2 gambar2 aku "in hijab"...



hijab tidak menghalang aku untuk terus kelihatan cantik setiap masa malah bila berhijab setiap perempuan akan terasa dirinya begitu berharga...hamboi dah macam iklan tv pulak aku rasa..hehe..




bila aku bersama dengan insan yang bergelar tunang ni banyak mengajar aku erti kehidupan yang susah dan senang..walaupun dia tak sehebat seperti lelaki yang lain tapi dia menjanjikan untuk menjadi imam ku selepas aku bergelar seorang isteri untuk dia suatu hari nanti..insyaAllah...


perjalanan aku ke arah kejayaan tersangatlah jauh...aku memerlukan orang yang sentiasa memberi dorongan tanpa mematahkan semangat aku...sekali aku dah patah semangat terus aku akan jatuh dan tak bangun untuk berusaha lagi..aku boleh bergerak sendiri tapi untuk kejayaan aku nak semua orang rasa kejayaan aku..bukan berlagak tapi aku ingin kongsi kejayaan aku bersama orang yang sentiasa memberi semangat dekat aku tanpa jemu...insyaAllah..

p/s : bukan ingin POYO tapi ini ikhlas dari hati...aku tak sempurna dan secantik seperti wanita lain tapi sekurang2nya aku cuba untuk bersihkan hati ni...semoga Allah swt sentiasa panjangkan umurku dan keluargaku juga kawan2 ku..amin..insyaAllah..

Selasa, 01 Januari 2013

Tutorial shawl & tudung bawal roses dari Riri R...


assalammualaikum w.b.t...hey my bloggss..oke aku nak share sikit tentang tutorial yang aku buat ni..ni bukan tutorial make over tapi tutorial pakai shawl dan tudung bawal..wah pandai ke kan menggayakan tudung ni ? aku cuma mencuba dan kongsikan apa yang patut..aku tau kt youtube pun memang da banyak tutorial tapi aku ubah sikit..insyaAllah nanti akan ada tutorial makeup dari aku..makeup untuk pegi kelas,dating,dan pegi event mana2..aku cuma boleh kongsikan apa yang terbaik dari aku..if tak baik atau kurang memuaskan saya minta maaf...hanya mencuba dan ingin membantu kawan2 semua..wish me luck & tqvm for watching :)

*maaf video tak cantik sebab kamera murah sajeee dan aku baru first time guna video maker tu so agak jakun sikit dan masih belajar lagi..kalau ada apa yang kurang harap korang boleh berikan komen yang memberi semangat ! xoxo =)

Minggu, 23 Desember 2012

separuh aku..

salam..hye my blog yang ceria dengan glitter dan penambah seri gambar2 aku yang comel tu..haha..perasan plak kan..terjaga dari tidur je terus nak update blog..bila tengah ada mood memang seronok laa menaip cube bila tak ade mood..pergghhh pandang lappy pon da tak mahu..life aku sejak 2 menjak 3 menjak ni alhamdulillah sangat2 happy..gilaa kau tak happy bila 2 minggu mengadap orang tersayang..owh en.tunang yang selalu buat aku ketawa dan menangis kenapa 2 minggu je dapat meluangkan masa ? sekejap sangat2..rindu pon tak sempat hilang lagi..urmm

hah,berbalik pada tajuk di atas yer kawan2 why aku buat tajuk 'separuh aku' ? hah tajuk aku ni tak ade  kena mengena dengan lagu aril Noah tu a.k.a ex vokalis peterpan tu..100% tak ada kena mengena yer saya ulangi..hahaha..maksud aku tu separuh aku tu ialah sebelah hati aku dah menjadi milik en.tunang kite tu..nak bagi 'seluruh aku' kena tunggu lepas nikah laa kan..gilaa kau nak bagi seluruh nya sekarang ? nak kena pijak dengan family aku ke ? 

urmmm tak lama lagi birthday aku dan aku tak mengharapkan hadiah tapi kalau nak sangat juga bagi hadiaah kan bagi laa hadiah yang berharga RM200 ke atas oke..wah demand pulak kau yer jemah..sebenarnya birthday aku kali ni takkan disambut oleh en.tunang kite macam tahun2 sebelum ni..tak ape laa kite faham dia kena menjalankan tugas lagipun dia tak dapat cuti hujung tahun kena standby je..owh sunyi nya birthday kali ni tanpa en.tunang..selalunya mesti ada suprises dari si dia..tak apa lah kali ni memang tak ada rezeki nak sambut birthday sama2..its okay my dear fiancee...

hah nak story mory sikit selama bersama kekasih hati..hamboi freedom betol aku ni hah dengan kekasih hati aku ni..dari selepas tunang mase 10.11.12 tu sampai la 15.12.12 kami baru berjumpa balik..walaupun sebulan lebih aku tetap rasa lama ek..kami dating kat penang queensbay tengok wayang movie the hobbits..sangat2 awesome cerita tu..dah lama sangat tak tengok wayang sesame..memang  macam pasangan baru nak bercinta laa perangai kami..tersipu2 malu gitu...aichehh..pastu kami shopping sikit n penat ouh jalan kat penang tu..melecet kaki aku ni pakai high heels 4 inci tu..konon nya nak sama tinggi laa dengan en.tunang kite tu tapi makan diri rupanya sampai tak bole nak jalan sebab sakitttt...meyh tengok pic kami first date lepas tunang..hihihi


secara jujurnya en.tunang aku da cakap yang aku da makin gemok..yer aku terima segala komen tu sebab memang aku dah kuat makan..pagi2 aku da bangun awal sebab lapar then cari nasi lemak pastu tengah hari pun lapar then cari nasi bungkus pulak pastu petang cari makan minum petang pula pastu malam pon lapar lagi cari makanan untuk malam dan finally beli jajan kt 7E untuk santapan midnight..niceeee ! owh memang gemok laa citer dia..en.tunang minta control pemakanan sebab nanti baju kahwin tak muat..betul jugak tu sebab baju kahwin tempah sendiri kowt..da lah kena tempah 6 bulan sebelum kahwin..sempat kowt nak kurus balik ni..

baru2 ni kami ada makan besau kat ikan bakar area melaka ni..makan besau tu sempena birthday adeq bongsu ku yang comel dan manja tu dan sambut sekali birthday aku yang bakal tiba tak lama lagi..hamboi ! promote kata kau ! makan with my little family & en.tunang kite sekali..bersyukur sangat2 bila bersama dengan orang tersayang.. =')



i love my family so so so much..siapa yang tak sayang family dia kan..orang gila pun tau sayang family dieorang..ini lah maksud aku mereka ni pun separuh dari hati aku tu..separuh lagi untuk bakal suamiku dan separuh lagi kepunyaan family ku...hamboi...hamboi..hamboi..

aku masih lagi dalam mood bersama dengan en.tunang aku tu..kami pergi kenduri bersama2 konon nya macam sweet2 gitu kan..seronok jugak bila bercinta jarak dekat ni ek..almaklum laa da 4 tahun bercinta jarak jauh je..tapi itu laa yang membuatkan kita hari2 rindu dan hari2 gaduh..yang selalu bergaduh ni lah penghibur hati kita..bila tak ada gaduh serius tak syiokk..bila bergaduh baru adventure dan itulah nama nya cinta.. <3


owh itu lah kekasih hati dan si jantung hati ku yang aku sangat2 sayang sampai bila2..tolong jangan buat saya marah lagi yer wahai en.tunang..awak selalu terbaik untuk saya..bila awak dalam kesusahan saya bole rasa yang awak memang tengah susah..hati saya tak sedap bila awak susah sorang2..selagi saya masih bernafas saya akan sentiasa berada di sisi awak dan akan cuba sedaya upaya untuk tolong dan susah senang dengan awak..insyaAllah kalau kite bersama sebagai suami isteri saya sentiasa akan sokong awak dari belakang dan menjadi suri hidup yang terbaik..amin.. =')
xoxo <3


Senin, 10 Desember 2012

si jiwang yang comel !

" jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun
dia tidak berada di sisi kita"

"cinta dapat mengubah pahit jadi manis,
debu beralih emas,keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat"

"aku ingin engkau selalu,
hadir dan temani aku di setiap langkah dan meyakiniku,
kau tercipta untukku,
ku ingin kau tahu aku selalu milikmu dan mencintai mu
sepanjang hidupku"

"sungguh...hanyalah dirimu yang aku cintai,
dan sungguh...ku kan disisi mu hingga ku mati.."

"jarak jauh adalah ujian cinta,
jarak dekat adalah ujian iman,
dan menanti adalah bukti kesetiaan."

"aku ingin hubungan kita berakhir bahagia,
bukan berpisah sebab orang ketiga 
ataupun kita berbeza tapi 
kerana waktu..maksudku dimana aku 
tak mampu bernafas dan berdiri di hadapanmu lagi"

"aku tak sempurna,yer aku tahu tu,
aku melakukan kesalahan,yer memang aku melakukan kesalahan,
dan aku tau yang aku akan mencintaimu selama2nya..." :')

for my lovely fiancee..iloveusomuch sayangggg..
from ur mrs.fiancee yang tersangat2 comel ini..xoxo..



my mistakes !

salam..hey my blog hope oke2 saja laa yer..almaklomlah aku tersangat buzy dengan study..final exam laa weyhh ! perghh stress tahap bapak da ni...tak ape stress tu boleh tolak tepi dulu..so now life aku penuh dengan pelbagai dugaan yang pelik2..i dont know why? i must do something to be cool n rilex..but what should i do know..korang pon mesti pernah rasa hidup stress belajar dan bercampur dengan masalah cinta..hahaha..rumitnya rasa bila dalam keadaan begitu...

ingat senang ke nak handle semuanya dalam satu masa ? susah weyh nak hadapi semua ni sorang2..nak2 pulak semua masalah ni aku sendiri yang cari..now hamek kau ! deserve it ! aku bukan cari masalah tapi masalah tu bergolek2 cari aku..so acano tu ? now my fiancee da mula mengkritik tentang diri aku..oh damn ! selama ni aku mengkritik dia tak ada pulak aku nak kecoh...eeeee geramnyeeee !! tapi bile sampai perangai aku yang semakin kuat marah ni pandai mempertikaikan macam2...patut ke buat macam tu..its not fair ! oke aku sangat terasa bila dia mula mempertikaikan macam2 tentang diri aku..tapi yang paling menyakitkan hati perlu ke nak cerita dengan parents aku yang kami ni bergadoh..lepastu mama aku da bising2 kat aku ! kalau ikutkan hati nak je seletipkan mulut mama tu tp gila kau ! tu kan mak aku ! hampir selalu jugak laa mama mesej macam2 pasal hubungan kami ni...

actually aku tak salahkan sesiapa pun termasok mama dan my fiancee..pokok pangkal nya tu semua salah aku..aku yang sibuk sangat buat "taik" dekat orang tu orang ni...sekarang aku sedang menjalani sesi merasa kesakitan yang datang bertubi2..my fiancee sangat2 baik dan penyabar sangat..errkk penyabar ?? urmm sometimes laa kan sabar..huh ! aku sendiri tak tahu apa lah yang hati aku ni nak ? apa aku buat semua tak kena..hadoiii..doii..dooiii...
oke laa chow dulu..nanti sambung lagi !! daaaaa...

Minggu, 11 November 2012

cinta dan dugaan...

Assalammualaikum..makin bersawang yer aku punya blog ni..bukan malas tapi terlampau sibuk dengan kerja dan belajar..ok sambung topik kita di atas tadi..urmmm cinta dan dugaan memang tak dapat dipisahkan dan ia adalah lumrah kehidupan...kata orang dulu-dulu "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"..tapi bezanya cinta aku dan dia belum sah lagi..baru intro nak ke alam rumah tangga...

Pada 10.11.12 hari sabtu aku telah memegang status tunang kepada Muhammed Zakery..aku bersyukur akhirnya impian aku dan kerry tercapai untuk perhubungan yang lebih serius..dalam tempoh untuk bertunang tu memang banyak sangat dugaan yang datang...ada satu masa tu aku sampai tawar hati untuk teruskan pertunangan yang sudah dirancang...kami bukan bergaduh tapi kami tetiba dah tak serasi..kami macam dah tak boleh nak faham sesama sendiri..aku rasa masa tu cinta aku dengan kerry mungkin tak lama..tapi berkat kesabaran aku dan pasangan aku tu membuatkan kami yakin kami memang akan bersama walaupun banyak dugaan yang datang..mungkin salah aku juga aku makin panas hati sebab aku asyik nak marah je walaupon kesalahan tu kecil..bila api bertemu api memang meletop..hehe..

Pada hari pertunangan tu juga hubungan kami masih tegang dan aku rasa macam nak batalkan majlis tu..aku stress dengan semua masalah ni..aku ingatkan senang bila buat persediaan untuk bertunang..rupa2nya sangat serabut dan penuh dengan dugaan yang tak pernah berhenti datang..kawan2 aku yang banyak nasihatkan aku supaya aku tak terlalu stress...aku hanya anggap ni dugaan bertunang...2 hari sebelum aku bertunang tu hubungan kami kurang baik..tapi dia melamar aku dalam kereta dengan sekuntum bunga ros merah dan dia kata "sudi tak sayang jadi teman sehidup semati abang ?" masa tu aku sangat2 tersentuh dan air mata aku hampir mengalir...kejutan tu memang nampak macam main2 tapi aku dapat rasa keikhlasan dalam hati dia..dalam keadaan yang tawar hati tu hati aku mula rasa ceria macam nak lompat2 jer..aku rasa serba salah sebab pernah tawar hati kat dia tapi hakikatnya dia sangat sayangkan aku..aku pun akan sayangkan dia sepenuh hati aku..




terima kasih kepada semua yang terlibat..nanti bila dah smpai masanya untuk melangsungkan perkahwinan tu semua akan dijemput..terima kasih kepada astella bridal sebab sediakan pakej pertunangan yang sangat2 best...hehehe..bubyee uollss.... 
now Riri R tunang kepada Kerry K.... :)


Sabtu, 16 Juni 2012

pre wedding shoot...

salam...alahai sudah lama tidak bersua muka kan..almaklom laa lappy itew rosak tak dapat nak update...ngee..skang ni aku tengah cuti sem selama 3 bulan..adoiyai lama kan..aku dah minta kerja kat banyak tempat juga laa...tapi hampehh tak ade yang panggil pon..oke sedih kan ? arrghh tu tolak tepi dulu laa..
now, aku nak story mory sikit pasal haritu aku ade buat photoshoot utk pre wedding..hamboi nampak tak aku semangat gila nak mendirikan masjid...kannn...

aku nak photoshoot tu pon sebab ulangtahun perkenalan aku dengan mr.K yang ke 4 tahun...yeahhh kite da couple 4 tahun..lama nyee kann...nanti aku tunjuk kan gambar2 tu semua ae..oke hujung bulan ni aku dah kena pergi kursus kahwin..sebelom kahwin memang wajib pegi kursus dulu laa kan..insyaAllah ape yang aku plan ni harap2 menjadi laa...tak sanggup nak tangguhkan lagi...kalau ada rezeki kami akan ikat tali pertunangan bulan 10 ni..ni semua masih dalam perancangan..jadi ke tak jadi ke tu semua kerja ALLAH s.w.t...aku dengan kerry mampu merancang apa yang terbaik untuk kami...doakanlah yang terbaikk oke !


wah cute tak kami ?? oke memang aku plan untuk pakai baju colour purple ni..nampak macam sweet2 gitu kan..oke mula2 aku belikan baju purple untuk mr.K yang bersaiz L lepas tu aku bagi kat die then baju tu longgar sangat2..alahai so mr.K nak baju ade cutting..oke laa so cari laa lagi baju lain untuk die..aku ngan dia cari baju sampai kat penang oke..mr.K ni memilih lah pulak orang nye nak baju berjenama so beli la baju tu kat padini..ngengade kannn...



macam gitu la dress labuh yang cantik pernah aku ada..aku suke gila dgn dress tu sebab betul2 ikot bentuk badan..ramping tak pinggang i ?? ramping kan...hahaha..aku beli dress labuh tu kat mahkota parade melaka..murah aje RM35 tapi sumpah lawa..kain dress ni pon sejuk jer...mase photoshoot ni aku pakai baju inner purple sebab kalau tak pakai nanti nampak sexy kann..oke yang paling mahal kan kasut tinggi aku..hah mahal laa sangat..aku beli kat uptown shah alam jer..mase shoot kan photographer mintya aku posing pandang sesama sendiri dengan mr.K ni tapi sorry laa aku tak bole buat sebab aku malu..hahaha..malu laa sangat..asyik nak ketawa je kalau main tatap2 mata ni..aww..



sebenarnya ramai cakap yang mr.K ni gemok sikit tapi aku rasa bukan sikit ni kan macam banyak kan..yer aku mengaku mr.K makin berisi sebab die sangat kuat makan..kalau dia berisi tanda bahagia kiranya aku bersyukur sangat laa kan dapat jaga dia dengan baik..hambooii..oo tidak lupa juga aku ambil gambar ni bersama my cutes pets "si apek"(sugar glider)..perasan tak ada "si apek" dalam gambar2 ni..comel kan..


aku suka gambar ni sebab macam seorang wifey betulkan baju kerja seorang hubby..cheh wahh bukan main lagi kan da berangan jauh sangat..insyaAllah coming soon..kenapa aku berani pakai baju belang2 ni sebab aku yakin yang aku dah kurus..hahaha...


gambar ni khas untuk tetamu yang singgah kat blog aku..ada ke yang singgah ?? aku jadi kan gambar ni sebagai DP kat FB aku laa kan..aku suka cara aku senyum tu sebab aku macam anggun je..oke aku dah terperasan la pulakk..hahaha..jangan mara....



bila tengok jer semua gambar2 ni aku mesti ketawa sorang2 sebab mr.K makin berisi..musykil jugak kan..aku ni pulak dah berjaya kurus tapi si dia tak reti2 nak kuruskan badan tu..tak apa laa yang penting dia nampak sasa kan..sasa laa sangat ! tak kisah laa ape2 pon dia harus kurus sebelum majlis perkahwinan nanti..WAJIB !


oke now aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada photographer yang bernama azzam dari 5 fingers studio sebab sudi snap gambar kami..tak lupa jugak buat my bestie fyqa dan bf dia syafiq sebab sudi temankan aku dan mr.K..berpeloh2 kite kan tapi gamba kite semua cantikkk...i like it aww.. terima kasih sayang mr.K...k bubye..<3

Rabu, 25 Januari 2012

new image ririmyra...

salam my blog..lame juga tak update blog ni..da bersawang sangat ni...maaf laa buzy sangat dengan study..so now 2012..cepat kan masa berlalu ? aku tak percaya umur aku da cecah 20 tahun..mak aiii terase tua laa pulak..but i still young ok..


this is me..only me..trust me..walaupon umur da 20 tahun tapi muke tetap comel macam budak2 sekolah...jangan jeles...insya ALLAH suatu hari i will become...jeng..jeng..jeng..\


suprise..! one day i will be a doctor or something like that laa.. aku share pic ni kat mama aku taw..mama aku boleh cakap dress up aku macam cleaner..halooo !! tak sama ok ! aku tak marah tapi jangan memperkotak katik kan aku yang dah sedia katik ni..kan aku da jujur sangat ni..haizzz...


ni pic baru laa gak..hangout dengan kekasih hati dan adeq gomokk..kalau nak dating mesti bawak orang ketiga kalau tak lain jadi nya..hehehe..*ketawe manja...



they are my frenz at college..not to close but everyday we always lepaking together at kamal corner(kedai mamak laa)..perghh hancur bahasa inggeris aku..malu kalo cikgu aku baca..just for fun and just kidding...



and the last new picture with my love or my soul..omg !! seriously i really love u yunkk..thankz for everything my love..hope our relationship happy ending ok..kan da terabur lagi speaking aku tu..attoyai ape kene dengan aku malam ni..fening lalat sudaa...nanti nak show off hadiah mase bufday aku hujung bulan 12 hari tu..tunggu..
ok daaa..muaahhh..<3





Selasa, 11 Oktober 2011

teringin nak kulit macam J.LOPEZ ! boleh tak ek ?

haaluuu...da lama kita tidak bersua kan my diary a.k.a my blog ! hah korang kenal tak kakak aku jennifer lopez atau boleh dikenali sebagai JLO..dia lawa kan macam aku ... AKU ??? hahaha..suka hati laa aku nak sama kan ke tak..ni kan blog aku..ada aku kesah..?


perghh..tengok laa tu muke die cantik kan..walaupon die ni tak cerah sangat tapi kulit dia sekata sangat..aku tak kesah taw kalau aku hitam manis tapi biar lah kulit aku sekata...tapi sekarang ni kulit aku berbelang2 da macam kuda belang...nak pakai baju yang seksi sikit pon macam tak sesuai sebab kulit aku belang sangat..ketara laa warna kulit aku ni..ade stengah member aku cakap kulit aku ni kuning langsat masa aku pakai short pants tapi ada setengah member cakap aku coklat jer...erkkk ?? mana satu ni..apa nak buat ek bagi kulit sekata macam JLO..nak macam JLO jugakkk !! arghhh !!

hah,kat bawah ni video JLO..lagu PAPI..best gilerrrr lagu dia yang ni..aku jatuh cinta ouh bila dengar ! korang dengar laa..kalau laa aku makan biskut yang JLO makan tu confirm ramai laki kejar kan aku..my love yang duduk perak tu sanggup datang ! iloveumore laa kerry ! hehehe..
~move your body..move your body for your papi...~~~ lalalala~~ layan jom ! macam biase laa sila scroll blog aku sampai bawah then pause lagu background aku ni..sekian terima kasih !




Senin, 19 September 2011

class !! test !! final exam !!

arghhh...tension nye ! kenapa belaja ni buat aku tension..aku tak suka study ! aku kalau boleh teros nak dapat keje then gaji pun masyyuuukkk ! baru hidop aku bahagia kan ? lepas da bahagia dengan keje baru lah fikir pasal kahwin...walaupon kelas aku tak berapa nak terok tapi bagi aku sangat malas dan penat ! sebenarnya hidop sebagai seorang student ni banyak pengorbanan ibarat macam cinta jugak laa kan..cheh,tersipu2 pulak bila cerita pasal cinta...hehe..maluu~~

ok selama aku kat unisel tu memajang je kelas cancel..tapi nak buat macam mane kan..terpaksa belajar sendiri laa kan..kelas cancel selalu cakap last2 minit then tau2 jer ada test minggu depan nya tu..tension kan ? aku dah lah tak prepair apa2..OMG ! lagi beberapa bulan lagi aku nak final exam..arghh stresss rase macam nak gantung diri jer..owh tidakss ! aku tak dapat bayang kan kalau da masok sem2 yang akan datang !mesti aku high pressure ! grr !! TOLONGGG !!
  
p/s : kalau bosan2 jerit laa sekuat hati then mesti ada orang kata kau kat hospital tampoi ker ?? hahhaa..ok my jokes boring ~~~ @_@ 

Jumat, 16 September 2011

sorry !

hey my blog a.k.a my diary..now nak story pasal kesalahan aku dengan kekasih hati aku..aku sayang kan die tapi kenapa aku rasa macam something wrong dengan diri aku..aku dapat rasa aku tak layak untuk die..die terlampau baik buat aku..aku tak tau macam mana nak balas jasa-jasa baik die..aku terok sangat..aku tak faham situasi die..aku selfish sangat ! aku hanya fikir perasaan aku..aku tak penah fikirkan pon perasaan die..kenapa ?? seriously aku sayangkan die..sampai mati aku tetap cintakan die seorang..."syg mntak maaf yer semua kesalahan syg kat abg...syg cintakan abg..dlam idop ni syg ade abg sowang jer..abg sanggup buat macam2 untuk syg tapi syg tak hargai abg !!! syg mengaku syg jer banyak buat salah...then selama syg buat salah dengan abg ni abg sentiase maafkan syg...syg rindukan abg walaupon baru seminit kite berpisah...abg rasa tak semua tu ?? syg hanya ade abg..sampai mati pon dalam hati syg ada abg sorang !!! abgggg.... ='(
tolong jangan pernah tinggalkan syg yer...tolooonnnnggg !!! hurmm... daaa my diary..

Senin, 12 September 2011

i fall in love with sugar glider !

yuhuuu...my blog !! entry kali nak share sikit pasal my sweet pets..sugar glider ! i really need u..u are so cute..grr !! rasa macam nak gigit je..manja betul kan sugar glider ni..jinak sangat taw..
meyh tengok pic2 ni...


nama si kecikk ni "awok"...!


manja kan si comel ni...rasa macam nak kunyah2 jer..tapi dia notty sikit suke sangat terbang2..tak reti duduk diam ! apa yang penting hasrat aku tercapai nak bermanja dengan si comel ni..iloveusugarglider !

p/s : nota penting ini memang fakta tapi yang tak faktanya sugar glider tu bukan aku punyeee...ngee...
=)

Rabu, 07 September 2011

firrari video !

yuhuu my diary...hot video from me and the geng ! scary muke kami ni..hahaha..tgok jom !
then bole ketawa ramai2..dialu-alukan..macam biasa kalo nak tengok video ni sila rajinkan diri scroll mouse korang ni sampai bawah and then pause lagu background aku ni..hehe..have fun babe !
p/s : look at they are lips....so gorgeous..red colour ! hahaha





Selasa, 06 September 2011

selamat datang syawal !

salam 1 malaysia ! yuhuu...selamat hari raya dan selamat menyambut hari merdeka yang ke-54..yeahhh merdeka raya !! hah,suke kan bile raya tahun ni ? aku tak happy laa bile raya tahun ni tak tau laa kenapa..mungkin sebab buzy dengan assignment kowt..lagipon ni first time taw menyambut ramadhan dengan kawan-kawan..mmg syiiookkk laa kan..juz raya jer macam kurengg sikit..tak berapa nak feel laa..maybe sebab aku dah besar kowt !
jom tengok gambo raya kite.....hehehe..
ni laa family asas kite..dan ni laa warna baju raya kite..hehehe..
buat sendiri taw batu blink2 kat baju raya kite tu..ngee =)



 iloveusomuch mom <3

nak pegi kutip duit raya ni !!uwekk !! =P


ni laa mak-mak dara dan anak dara...hehehe..dalam ramai-ramai ni aku laa yg paling sweet kan ? *tetibe jer..


ni nenek kesayangan kite...nenek kite ni laa yang rajin dok membebel je kalau kite bangon lambat..nantii mesti die cakap macam ni "apo nak jadi anok daro bangon tongah-tongah ari buto ni"..macam gitu laa bunyi dio..hehe



yer nie hero aku..atokk kesayangan aku..sayang sangat-sangat kat atokk aku ni sebab dia sowang jer yang memahami cucu dia yang degil ni..bila aku berangan jer dia sowang je yang boleh baca isi hati aku ! huhu
i love my family  !


hah,ramai kan budak2..yer aku memang da tua pon..hehe..ni lah sesuku bahagian sepupu dan anak-anak buah aku ! ni baru sesuku belom ade lagi belah abah aku pula..memang ramai laa kan.."kepada anak-anak buahku aunty myra tak dapat bagi duit raya taw sebab aunty masih belajo..lagi banyak nak guna duit..hehee"  lagipon budak-budak x boleh pegang duit banyak-banyak..hehehe..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI RIRIMYRA DAN SEKELUARGA !

p/s : tak saba nak jumpa my love(mr.K) nanti..nak beraya dengan my mucuk2 kite..hehe...jangan jelous yer... =) peace..